PEMBENTANGAN LATIHAN INDUSTRI (LI) SEMASA COVID 19

Seperti subjek lain, pelaksanaan latihan idustri turut terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan semasa  negara dilanda pandemik wabak Covid-19. Pelaksanaan Latihan Industri mengambil kira  pengiraan 8 jam kredit, oleh itu tempoh LI adalah 16 minggu. Para pelajar FBKT di bawah program SEH (Teknologi Sumber Hutan), SEB (Teknologi Bahan) dan SBT (Teknologi Bioindustri) telah pun memulakan latihan industri mereka pada  16 Februari 2020 dan telah diminta untuk bercuti dan bekerja dari rumah semasa pandemic tersebut. Oleh itu, pada akhir latihan LI, pembentangan secara atas talian dijalankan bagi memenuhi kriteria subjek ini. Pelajar diminta untuk menghantar video semasa menjalani LI sebelum sesi soalan dan jawapan dijalankan. Pembentangan berjalan dengan lancer walaupun terdapat gangguan internet bagi sesetengah pelajar. Kesemua pelajar SEB Berjaya menghabiskan sesi soalan dan jawapan dan sekaligus menamatkan latihan dengan jayanya semasa pendemik pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SEB